Autism. Kenapa penting?

Ia sebagai 1 persediaan untuk ibubapa khususnya yang suspek / rasa curiga dengan tingkahlaku anak dan nampak pola kesamaan dengan diagnosis autism, agar ibubapa pantas bertindak dengan dapatkan info, ilmu pengetahuan dari golongan profesional dan mereka yang praktis dengan jayanya bagi mengurangkan/ inhibit ciri-ciri dan faktor yang akan menyumbangkan kepada teruknya keadaan anak tersebut.

A

utism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan otak yang berterusan dan kekal. Keadaan ini mempengaruhi keupayaan anak untuk berkomunikasi, berinteraksi secara sosial dan menjalani sesi pembelajaran di sekolah.
Menurut Garis Panduan Klinikal Pengurusan Autism Malaysia, satu kajian menggunakan MHCAT (Mental Health Computerized Adaptive Testing) di kalangan kanak-kanak di antara usia 18 hingga 36 bulan di klinik kesihatan Ibu & Anak-Anak Kementerian Kesihatan Malaysia, menunjukkan kelaziman ASD di Malaysia adalah kira-kira 1.6 dalam 1000 kanak-kanak. Kajian juga menunjukkan bahawa autism adalah empat hingga lima kali lebih biasa di kalangan kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Penyakit autism boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira agama, bangsa atau kedudukan sosial.

Autism tidak dapat dikenalpasti hanya dengan melihat secara fizikal. Autism dapat dilihat melalui komunikasi sosial dan interaksi serta tingkah laku yang berulang.

Apakah REDFLAG Autism Spectrum Disorder (ASD)?
1. Lambat bercakap
2. Tiada eye-contact ketika berinteraksi dan suka bersendirian
3. Suka mengulang sesuatu perkataan atau ayat
4. Memberi jawapan berbeza daripada soalan yang diajukan
5. Tidak memberi reaksi ketika nama dipanggil pada umur 12 bulan
6. Sukar untuk memahami perasaan orang lain atau meluahkan perasaan sendiri
7. Mempunyai masalah dengan perubahan persekitaran
8. Obsess terhadap sesuatu perkara
9. Menunjukkan reaksi yang tidak sepatutnya terhadap bau, rasa, penglihatan, bunyi dan sentuhan.
10. Sering melakukan perbuatan berulang
11. Tidak suka dibelai atau dipeluk dan tidak mahu diperlakukan sedemikian
12. Ketawa atau senyum tidak sesuai dengan keadaan
13. Tidak menunjukkan minat untuk bermain
14. Hilang kemahiran yang pernah ada. Contoh: Berhenti megeluarkan perkataan yang pernah digunakan


Autisme memberi kesan terhadap pelbagai aspek kehidupan kanak-kanak. Simptom yang dialami oleh seorang kanak-kanak mungkin berbeza dengan yang lain, namun ini adalah 3 area/ perkara yang memberi kesan kepada mereka yang bergelar autism.

Kemahiran sosial
Isu sosial adalah masalah lazim yang dialami oleh kanak-kanak autisme. Ini memberi impak besar serta memberi kesan kehidupan seharian mereka.
Berikut merupakan masalah sosial yang mungkin akan dialami oleh kanak-kanak yang menghidapi autisme:
1. Tidak dapat menunggu giliran
2. Tidak suka berkongsi minat
3. Reaksi muka yang tidak sesuai dengan situasi semasa
4. Tidak memahami konsep ruang peribadi (personal space)
5. Tidak gemar atau mengelak sentuhan fizikal
6. Sukar untuk dipujuk
7. Berkomunikasi hanya untuk mencapai matlamat yang dikehendaki

Kemahiran Komunikasi
Antara contoh masalah komunikasi yang dialami oleh kanak-kanak autisme ialah:
1. Lambat bercakap
2. Menggunakan perkataan yang bertentangan dengan maksud sebenar seperti menggunakan “dia” merujuk kepada “saya”
3. Gemar mengulang perkataan atau ayat yang sama
4. Tidak menjawab soalan yang diajukan
5. Tiada isyarat badan
6. Tidak menunjuk kepada objek yang diingini
7. Tidak merespon apabila seseorang menunjuk pada sesuatu

Tingkahlaku
Kebiasaanya, kanak-kanak autisme juga didapati mempunyai tingkahlaku seperti dibawah:
1. Suka menyusun mainan dan objek dalam satu barisan
2. Sering bermain dengan mainan yang sama dengan cara yang sama
3. Minat yang khusus pada satu bahagian objek (minat dengan tayar pada kereta mainan)
4. Harus melalui rutin yang sama
5. Mudah merasa sedih dengan perubahan yang kecil
6. Taksub kepada satu minat atau hobi
7. Berulang-ulang kali mengepak tangan, mengoncang badan dan bepusing dalam bulatan

Simptom lain yang boleh dialami oleh kanak-kanak autisme
1. Sering mengamuk (tantrum)
2. Terlebih aktif (Hyperactivity)
3. Kelam kabut
4. Sukar untuk fokus
5. Cenderung untuk mencederakan diri sendiri
6. Mood yang tidak normal dan sering kali tidak stabil
7. Terlalu takut atau tidak mempunyai perasaan takut
8. Reaksi yang keterlaluan atau tidak sesuai

Terdapat 3 faktor risiko autism yang perlu ibubapa tahu.

1. Faktor Risiko Genetik
Terdapat beberapa bukti dalam kaitan keturunan dan genetik kepada autisme di dalam sesebuah keluarga.

2. Faktor Risiko Persekitaran
Terdedah pada persekitaran tertentu dapat memberi kesan dan menaikkan risiko autisme dalam manusia yang mempunyai genetik kepada gangguan ini melibatkan umur ibu bapa yang meningkat (salah satu ibu bapa), komplikasi semasa mengandung atau kelahiran dan pendedahan terhadap ejen viral dalam persekitaran.

3. Faktor Risiko Biologi
Kajian terus-menerus untuk meneroka perbezaan dalam neurologi otak dan perkembangan antara individu dengan autisme serta individu tanpa autisme untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

Untuk membantu mengatasi isu perkembangan yang dialami oleh anak autism, ibubapa boleh berjumpa dengan:

Kumpulan rehabilitasi yang terdiri daripada :
1. Occupational therapist – untuk membantu anak dalam isu-isu yang berkaitan dengan pemprosesan sensori dan masalah perkembangan secara keseluruhan
2. Speech therapist – untuk membantu anak merangsang komunikasi
3. Psychologist – untuk membantu anak yang mengalami masalah kurang keyakinan diri atau yang mempunyai sejarah peristiwa yang menyebabkan hilangnya daya fokus dalam diri

Antara kelebihan yang dapat diperolehi anak bila menjalani sesi terapi ialah:
1. Membantu anak mengembangkan kemahiran pertuturan dan bahasa secara pemahaman dan mengekpresikan bahasa
2. Membangunkan interaksi sosial, tingkahlaku dan kemahiran bermain anak
3. Membantu anak melancarkan pengurusan peralihan tugasan terutamanya semasa di sekolah seperti arahan yang diterima disekolah untuk menyiapkan tugasan

Untuk mendapatkan diagnosis, ibu bapa boleh berjumpa dengan doktor perubatan. Doktor akan mengenal pasti tanda-tanda kelewatan perkembangan semasa regular check-up. Jika kanak-kanak menunjukkan sebarang gejala ASD, mereka akan dirujuk kepada pakar yang dapat merawat kanak-kanak yang mempunyai masalah spektrum autism seperti:

1. Pakar Psikiatri kanak-kanak
2. Ahli Neurologi Pediatrik
3. Pakar Pediatric


Bagaimana ibubapa boleh mula bantu anak?
Bawa anak dan berjumpa pediatric occupational therapy bagi mengenalpasti kebimbangan anda sebagai ibubapa dan keadaan anak. Kelebihan Pediatric Occupational di Idzmir Kids Hub adalah, kami berkerjasama dengan Child Psychologist dan guru Pendidikan awal kanak-kanak. Hubungi IDZMIR KIDS HUB untuk bantu menjawab keprihatinan ibubapa terhadap anak. 

Ingin Bantu Perkembangan Anak?

Hubungi Kami SEKARANG!

Screenasdshot_2

© Copyright 2022 Idzmirkidshub - All Rights Reserved